Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang
penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu
untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual
syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan
penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan,
mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak,
meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
Vitamin E boleh MENINGKATKAN PENGELUARAN AIR MANI pada sesetengah lelaki. Ia juga
mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding
kapilari.
Vitamin E
menggalakkan KULIT DAN RAMBUT MENJADI
SIHAT, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental
fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer
Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka
masa panjang dapat mengurangkan risiko KANSER
PROSTAT di kalangan PENGHISAP ROKOK.
Lain-lain kajian
megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit
Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan
pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
SUMBER
Vitamin
E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun
hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.
Vitamin E juga boleh
didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai
laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi
kentang, selada air, dan gandum.
KEKURANGAN
|
||||||||
Kekurangan
vitamin E boleh menyebabkan :
|
||||||||
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan