PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

26 November 2014

KEMPEN SAYANG JANTUNG 10

Sirap Ajaib untuk Kurangkan Risiko Serangan Jantung

Semakin hari, semakin ramai yang mengidap penyakit jantung. Ia bukan sahaja terdiri dari golongan berumur malahan golongan yang berumur 40 tahun ke bawah juga semakin meningkat. Kita pernah digemparkan dengan kematian pelakon popular, Faizal Yusof disebabkan serangan jantung pada 1 Januari 2011. Beliau baru berumur 32 tahun pada ketika itu.

Merujuk artikel Utusan Online pada 9 Januari 2011, menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. 95% daripadanya adalah lelaki. 

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

  • Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
  • Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
  • Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
  • Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
  • Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
  • Kepala berpusing
  • Badan lemah serta berpeluh sejuk.
sumber: http://www.utusan.com.my

Terdapat satu berita baik untuk pesakit yang telah disahkan mengidap penyakit jantung. Shaklee mempunyai satu produk berkualiti yang telah diuji secara klinikal untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Ia adalah sirap ajaib, Vivix.


Apa yang ada dalam Vivix?

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenolmenjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

sumber: 
http://vitaminsemulajadi.com

Resveratrol adalah satu kandungan istimewa yang ada dalam Vivix yang menjadikannya sangat bermanfaat untuk pesakit jantung. Malahan kandungan Resveratrol dalam Vivix adalah 10 kali lebih hebat dari supplemen atau makanan berkhasiat yang lain.

Apa manfaat Resveratrol untuk Pesakit Jantung. 

Resveratrol membantu mengelakkan kerosakkan pada injap jantung, merendahkan tahap kolestrol jahat, dan mengelakkan keadaan gumpalan darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat. Dengan ini, ternyata kandungan sirap ajaib ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung.

Anda sememangnya bijak dalam menjaga kesihatan jantung dengan memilih Vivix terutama yang mempunyai sejarah keturunan sakit jantung. Hanya satu sudu kecil Vivix yang lazat setiap hari memberi kebaikan berpanjangan.

sumber: 
http://www.mayoclinic.com

Dapatkan Vivix pada harga promosi. Boleh dapat harga ISTIMEWA walaupun membeli hanya 1 BOTOL.

JAGA MASA SIHAT MU

25 November 2014

KEMPEN SAYANG JANTUNG 9


Macamana Kolestrol boleh buat sakit jantung?

Kolestrol ada dua. Kolestrol jahat (LDL) dan kolestrol baik(HDL). Kolestrol jahat(LDL) yang tinggi boleh bawa partikel kolestrol dan melekat kat dinding salur darah.

Makin lama makin banyak kolestrol melekat kat dinding salur darah, darah nak mengalir pun susah. Jantung pun kurang dapat darah yang beroksigen, berlakulah serangan sakit jantung.

Bila salur darah ke otak tersumbat pula, itu penyebab kepada serangan strok.Strok boleh jadi penyebab lumpuh. Satu benda tak boleh buat jika kena serangan strok.

Kesian.


Rendahkan Kolestrol Tanpa Makan Ubat?

Sekarang ni, bukan orang tua je yang kena serangan jantung, orang muda pun bertambah ramai. Selebriti Hani Mohsin telah kembali kerahmatullah keranaserangan jantung pada umur 41 tahun. Tak pernah terjangka insan popular ini pergi dahulu dari orang lain.

Sedih bila orang tersayang pergi dengan mengejut tanpa pesan.
Anak-anak dan ahli keluarga menangis sayu.

Ramai yang masih tak sedar keburukan kolestrol tinggi

Allahyarham Hani Mohsin ketika rebah akibat serangan jantung mengejut
Ramai yang mencari ikhtiar lain dan tak mahu bergantung dengan ubat. Ubat pun ada kesan jangka panjang yang tak elok. 

Memang best bila kolestrol dapat dikurangkan tanpa makan ubat, dan ada yang BERJAYA. 

Tak Percaya?
Jom tengok testimoni ini.


Omega Guard? Eh Apa tu?

Omega Guard adalah produk kegemaran ramai, minyak ikan terbaik dari pasaran. Ia boleh turunkan paras kolestrol dan kurangkan risiko terkena serangan jantung. 

Berikut adalah 7 sebab anda perlu pilih Omega Guard berbanding minyak ikan jenama lain di pasaran.

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Dapatkan Omega Guard hari ini hanya RM136
Mencegah lebih baik dari mengubati.

JAGA MASA SIHAT MU

21 November 2014

KEMPEN SAYANG JANTUNG 8

Tips Merawat Penyakit Jantung Dengan Ayat Al-Quran

Tanda-tanda Awal Jantung Bermasaalah!

Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

Lidah terasa tegang dan pendek.

Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

Rasa keletihan sepanjang masa.

Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

Degupan jantung tidak menentu.

Nafas terasa pendek.

Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Kaedah Rawatan Ustaz Raflis Sabirin

Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.

1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik).
Contoh: "Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah"

2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3) Selepas itu baca al-Fatihah (1x)

4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (3x)

5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (1x), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (1x)

6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (7x) iaitu seperti berikut:-

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya 


Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana 


Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)



Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.

7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 x baca

8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.

Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie.

Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah

Doa 1




Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Surah Yunus Ayat 57)

DOA 2.



Maksudnya:

“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? 


Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). 

Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” 
(Surah Fushillat: Ayat 44)

Nota : Ayat2 di atas juga terdapat dalam Kitab Manzil dan dinamakan Ayat2 Syifa/Penyembuh. Oleh itu mulakanlah pagi kita dengan bacaan ayat2 tersebut. InsyaAllah kita akan selamat didunia dan diakhirat.

Selamat Mencuba Dan Beramal !!!

JAGA MASA SIHATMU

20 November 2014

KEMPEN SAYANG JANTUNG 7

Set Jantung Sihat Shaklee bersama CoQ Health Plus

Set Jantung Sihat mampu milik untuk kesihatan Jantung Optimum.

Keunikan Jantung
Otot jantung (cardiac muscle) tidak pernah berehat dan tidak pernah letih. Ia adalah otot yang betenaga berbading otot yang lain. Ia berdegub 72 degupan dalam 1 minit selama 24 jam selagi anda hidup. Jantung mengepam darah melalui 60 000 miles salur darah di dalam tubuh. 
JIka 72 degupan seminit, pada usia anda mencecah 65 tahun, jantung sudah pun berdegup 2.5 billion kali. Dan organ penting ini amat sensitif kepada paras CoQ10 yang rendah kerana jantung harus mempunyai 10 kali ganda paras CoQ10 daripada organ lain tubuh.

set kesihatan jantung shaklee
CoQ10 dan Jantung. 
Tisu jantung amat sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah. Jantung merupakan organ yang paling aktif dalam tubuh dan memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi dan berterusan. Tambahan pula, di jantung, banyak aktiviti antioksidan berlaku dan pelindungan yang terbaik daripada molekul antioksidan ini adalah CoQ10. Oleh sebab itu lah CoQ10 mesti menjadi kemestian untuk memastikan jantung anda sihat. 
Namun, semakin usia meningkat, semakin paras CoQ10 ini berkurangan. Dan tidak hairanlah mengapa orang yang lanjut usia mudah mengidap penyakit jantung. 
Paras CoQ10 yang rendah di tisu dan darah telah dilaporkan menyebabkan permasalahan jantung dan salur darah seperti;
Ketidakmampuan jantung untuk terus bertenaga dalam melaksanakan tugasnya dengan efficient.
Apabila jantung mengepam darah dengan lebih laju ke anggota tubuh melampaui kemampuannya tenaganya. 
3. Penyakit arteri koronari (saluran darah sempit)
Salur darah yang sempit menyebabkan aliran darah ke jantung tersekat. Akibatnya, jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting untuk mengepam darah dengan betul. Hal ini meningkatkan risiko untuk serangan jantung apabila jantung perlu bekerja lebih keras. Ini juga boleh disebabkan oleh kolesterol yang tinggidalam darah yang menyempitkan arteri.
4. Serangan angina
Sakit dada yang disebabkan jantung kekurangan oksigen apabila jantung sedang memerlukannya.
“I believe that cardiovascular disease may be very significantly caused by deficiency of CoQ10.”
Dr. Karl Folkers, University of Texas

Jadi, usahlah menunggu sehingga masalah jantung melanda anda. Ambillah supplemen CoQ10 sekarang untuk memberi perlindungan kepada fungsi jantung. CoQ10 membantu jantung bekerja lebih efficient. More work, Less effort. Dan hasilnya nanti adalah jantung yang kuat dan sihat (stronger and youthful heart) 
Set Jantung Sihat Shaklee
Set Jantung sihat menyediakan sumber semulajadi CoQ10 yang terdapat di dalam CoQ Heath Plus dan dikombinasikan bersama vitamin lain untuk perlindungan jantung dan salur darah menyeluruh. 
CoQ10 semulajadi tubuh terdapat banyak di sel jantung. Ianya membantu dalam penjanaan tenaga di dalam sel sel jantung yang sememangnya memerlukan banyak tenaga untuk bekerja dengan efficient. Oleh sebab paras CoQ10 berkurangan apabila usia seseorang meningkat, paras CoQ10 perlu ditambah dari luar iaitu melaui pemakanan supplemen. Dan CoQ Health Plus dari Shaklee adalah sumber CoQ10 semulajadi yang terbaik di pasaran. 
Dilaporkan, paras CoQ10 di dalam jantung pesakit yang mengidap penyakit jantung setelah autopsy, menunjukkan bacaan yang amat rendah sedangkan ianya adalah organ yang sepatutnya mengandungi paras CoQ10 yang tinggi. Jelaslah ini menunjukkan kaitan betapa pentingnya CoQ10 di dalam tubuh khasnya untuk kesihatan jantung.

Omega 3 di dalam omega guard shaklee amat berkesan dalam menurunkan kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah sempit. Ianya juga membantu melancarkan peredaran darah di dalam jantung dan kawasan lainnya, lantas meghalang tekanan darah tinggi. 
Lemak kolesterol yang terurai perlulah disingkirkan keluar dari badan. Alfalfa mengandungi saponin yang bertindak seperti span serat yang menyerap kolesterol dan menyingkirkannya dari tubuh. 
Harga sebuah jantung pastinya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit yang ada. Ianya bagaikan bom jangka yang boleh meletup bila bila masa jika kesihatannya tidak diberi perhatian sewajarnya. 
Di jantunglah terletaknya nyawa manusia. Jika putus tangan kiri, ada tangan kanan untuk melakukan kerja harian. Jika jantung berhenti, maka terpisahlah roh dari jasad.
JAGA MASA SIHATMU

15 November 2014

KEMPEN SAYANG JANTUNG 6

CoQ Health Shaklee Menjaga Kesihatan Jantung Agar Bertambah Kuat

Penyakit jantung adalah masalah utama rakyat Malaysia dan CoQ Health Shaklee membantu dalam menjaga kesihatan jantung.Rakyat Jepun telah menjadikan makanan yang mengandungi Coenzyme Q10 bagi mengekalkan tahap kesihatan mereka terutama di bhagian jantung.Coq merupakan nutrien yangĂ‚  dihasilkan dalam badan kita bagi memastikan organ utama seperti jantung,buah pinggang, pankreas dan hati berfungsi dengan baik.
CoQ Shaklee adalah campuran CoQ(28mg), Vitamin E dan juga ekstak Teh Hijau yang di datangkan dalam bentuk kapsul.
CoQ Health Shaklee

Kelebihan CoQ Health Shaklee

  • Memastikan kesihatan jantung(kardiovaskular)
  • Menghasilkan tenaga supaya sel otot jantung berfungsi dengan sempurna.
  • Antioksida(melindungi arteri dari LDL)
  • Melancarkan peredaran darah dan menyingkirkan kolestrol yang terdapat di salur darah.
  • Tekanan darah menjadi normal
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan boleh melakukan aktiviti seharian.
  • Menjaga kesihatan ginjal yang penting untuk menyingkirkan bahan buangan dalam badan.
  • Meningkatkan kualiti sperma dan kesuburan lelaki
  • Mengurangkan migrain akibat sakit kepada
Cara Mengekalkan Kesihatan Jantung
Jaga apa yang anda makan.Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak atau kolestrol dan lebihkan yang berserat.
Selalu bersenam bagi mengeluarkan peluh.Berjogging dan menaiki tangga di pejabat boleh membuat badan kita menjadi sihat.
Kurangkan merokok kerana asap rokok bukan sahaja membahayakan penghisap rokok tetapi asapnya lebih berbahaya kepada orang yang berada berdekatan dengan kita.
Selalu ketawa kerana selain dapat menggerakkan otot di bahagian muka,ia juga dapat meningkatkan degupan jantung kita.
Ambil suplemen seperti CoQ Shaklee sebagai makanan tambahan anda.

Cara Pengambilan CoQ Shaklee

Setiap botol mengandungi 30 biji tablet dan anda boleh mengambilnya 1 biji setiap hari selepas makan.

12 November 2014

KEMPEN SAYANG JANTUNG 5

Ambillah Suplemen

Sekiranya selepas anda membaca entri  sebelum ini, anda rasa macam 'tersedar' yang anda perlu mengubah cara hidup anda. Tapi, anda tak mampu nak mengubahnya buat masa sekarang.

Izinkan saya untuk mencadangkan anda supaya anda mengambil suplemen yang Insya Allah, dapat membantu menjaga kesihatan jantung anda.

Memperkenalkan, COQHEALTH SHAKLEE yang berfungsi untuk menjaga kesihatan jantung kita.



Satu botol CoQHEALTH SHAKLEE untuk penggunaan SATU BULAN hanya berharga RMXX. Sangat berbaloi baloi untuk penjagaan jantung yang sihat. Kos ini jauh lebih murah berbanding kos untuk mendapatkan rawatan sakit jantung.

Antara kebaikan CoQHEALTH SHAKLEE ini:

1. Memberikan TENAGA dalam setiap sel tubuh terutama set otot jantung.
2. Bertindak sebagai ANTIOKSIDA.
3. Menggalakkan fungsi KESIHATAN bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung.
4. Mengurangkan gejala kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur dan bengkak.
5. Meningkatkan pengeluaran tenaga dalam otot jantung bagi  meningkatkan kekuatan jantung mengepam darah ke seluruh badan.


Testimoni Pengguna CoQHEALTH SHAKLEE:


Terus terang saya katakan, saya tulis entri ini bukanlah sebab bisnes semata mata. Tapi, saya rasa ada eloknya saya 'mengetuk' pintu hati kita semua untuk menjaga kesihatan kita semua.

In fact, kalau anda boleh kawal pemakanan anda, anda boleh bersenam secukupnya, anda boleh mempunyai rehat yang cukup, anda mampu untuk makan sayur sayuran yang mencukupi, kurang mengambil makanan bergoreng, anda tak perlu makan suplemen ini pun. Nenek moyang kita tak makan suplemen ni pun dulu, tapi umur mereka panjang.

TAPI MASALAHNYA..... ramai kita yang tak mampu. Kita tak mampu nak elak makan di luar, kita tak mampu nak mempunyai rehat yang cukup, tak mampu bersenam seperti yang sepatutnya, tak mampu nak berhenti merokok, dan tak mampu nak berhenti makan makanan bergoreng.

Sebab itulah saya nak bagi tahu anda... kita perlukan SUPPLEMEN. Ia bagi membantu menjaga kesihatan tubuh badan kita.

So, ayuh kita semua amalkan gaya hidup yang sihat mulai sekarang.

Dulu masa muda saya tak pernah nak fikir masalah masalah ni. Tapi, menjelang usia 40-an ini, saya rasa saya perlu mula mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengambil suplemen yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan saya. 

Mudah mudahan, dengan usaha saya ini Allah memelihara kesihatan saya dan dijauhkan dari segala penyakit berbahaya ini.

JAGA MASA SHATMU

10 November 2014

KEMPEN SAYANG JANTUNG 4

Jom Kita Ambil Langkah Pencegahan


Jika selepas membaca entri sebelum ini, ada di antara anda yang terasa penting untuk mengambil langkah pencegahan bagi menjaga jantung anda, jom kita amalkan beberapa tips ini.

1. Menjaga pemakanan kita. Makan makanan yang sihat, tinggi serat dan rendah kalori. Kurangkan makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Kawal tekanan darah dan gula dalam darah.

2. Pastikan anda mempunyai rehat yang cukup. Iaitu tidur antara 6-8 jam sehari. Ia penting bagi memastikan jantung kita mempunyai rehat yang cukup.

3. Bersenam secukupnya. Banyakkan berjalan kaki jika ke tempat yang boleh berjalan kaki.

4. Berhenti Merokok!!!! Ya, ini jalan pintas jika anda mahu 'segera ke sana'. Trust me, anda hanya memendekkan usia anda jika anda perokok tegar. Dan ia antara penyumbang utama kepada sakit jantung. Ingat, anak perempuan anda perlukan anda untuk menjadi wali di hari perkahwinannya.

5. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng. Perbanyakkan makanan yang kurang minyak.


Masalahnya :

Saya yakin, kita semua dah pun tahu langkah langkah yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan jantung kita. Tapi..........

1. Kita masih kurang makan makanan bersayur. Sebaliknya kita banyak makan makanan segera. Kita selalu pergi makan di kedai. Peniaga ini (sebahagiannya, bukan semua) memasukkan perasa tambahan untuk menambahkan kesedapan dalam makanan yang kita makan.Ajinamoto ini teramat tidak sihat untuk badan kita. Kita kurang makan makanan berkhasiat.

Percayalah... Kita tersangat kurang prihatin apa yang kita makan.

2. Kita tidak mempunyai rehat yang cukup. Ada di antara kita yang berjaga malam dan tidur tidak mencukupi. Kesannya, jantung tidak mempunyai rehat yang cukup. Kalau berjaga malam untuk tahjud tak pe la. Tapi, kalau berjaga malam buat kerja kerja yang stress, ini turut memberi sedikit kesan kepada jantung kita.

3. Kita TAK CUKUP BERSENAM. Setiap hari, saya menggunakan COUNTER untuk mengira jarak perjalanan saya. Untuk mereka yang mahu sihat, mereka perlu berjalan sejauh 10,000 langkah sehari. TAPI, saya sendiri hanya berjalan sekitar 5000-7000 langkah setiap hari. Masih belum cukup excercise saya ni pun.

4. Ramai di antara kita yang tak mahu berhenti merokok. Setiap hari kita membelanjakan sekitar RM10 untuk beli sekotak rokok. Kita tidak KEDEKUT untuk membeli sesuatu yang akan memberi kita sakit. Tapi, kita tersangat kedekut untuk membeli sesuatu yang akan menyihatkan kita. Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ini. Saya sekeluarga masih belum belajar hisap rokok.

5. Kita suka makan makanan bergoreng. Ayam goreng, pisang goreng, bihun goreng, mee goreng dan seangkatan dengannya. Semuanya bergoreng.

So... Sebenarnya, antara sedar atau tidak. Kita sebenarnya tak ambil langkah-langkah menjaga jantung pun. Sebaliknya, kita lebih membuat sesuatu yang 'menjahanam'kan jantung kita.