PERHATIAN
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.
Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
06 November 2014
KEMPEN SAYANG JANTUNG 3
Ujian Tahap Kesihatan Jantung
Bersyukurlah kita. Jika anda boleh membaca blog saya hari ini. Ini bermaksud Allah memilih anda untuk masih kekal sihat dan hidup di dunia ini.
Alhamdulillah.
Namun, apakah jaminan kita bahawa Allah akan terus mengekalkan tahap kesihatan kita pada hari esok, minggu depan, bulan dengan atau tahun hadapan.
Tahukah anda? Kita sebenarnya boleh membuat pemeriksaan tahap kesihatan jantung kita. Kita boleh pergi ke klinik yang menyediakan mesin untuk buat ujian "Stress Test". Kita akan dipasangkan dengan wayar diseluruh badan dan kemudian disuruh berlari di atas "Thread Mill" dengan kelajuan yang berbeza selama 10 minit.
Kepada para pembaca yang dikasihi, ayuh. Kita semua sama sama menjaga tahap kesihatan jantung kita. Janganlah kita ucapkan selamat tinggal kepada anak-anak kita sebelum tiba waktunya.
Mereka berhak untuk mendapat penjagaan daripada kita secukupnya. Cukuplah, Allah memberi kesedaran kepada kita dengan berita pemergiaan rakan-rakan kita yang terkena serangan jantung.
Janganlah, hingga apabila kita sudah dikesan terkena serangan jantung pada tahap kritikal baru kita nak mencari penawarnya.
Pada waktu itu, sudah tiada apa yang boleh dilakukan. Melainkan, kita terpaksa menjalani pembedahan atau jika kurang bernasib baik. Kita akan mendapat 'One Way Ticket'. Pergi Tak Kembali.
Semoga ia tidak berlaku kepada anda. Tidak berlaku kepada saya. Amin.....
Berusahalah selagi kita masih diberi peluang oleh Allah
JAGA MASA SIHATMU....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan