PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

10 November 2014

KEMPEN SAYANG JANTUNG 4

Jom Kita Ambil Langkah Pencegahan


Jika selepas membaca entri sebelum ini, ada di antara anda yang terasa penting untuk mengambil langkah pencegahan bagi menjaga jantung anda, jom kita amalkan beberapa tips ini.

1. Menjaga pemakanan kita. Makan makanan yang sihat, tinggi serat dan rendah kalori. Kurangkan makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Kawal tekanan darah dan gula dalam darah.

2. Pastikan anda mempunyai rehat yang cukup. Iaitu tidur antara 6-8 jam sehari. Ia penting bagi memastikan jantung kita mempunyai rehat yang cukup.

3. Bersenam secukupnya. Banyakkan berjalan kaki jika ke tempat yang boleh berjalan kaki.

4. Berhenti Merokok!!!! Ya, ini jalan pintas jika anda mahu 'segera ke sana'. Trust me, anda hanya memendekkan usia anda jika anda perokok tegar. Dan ia antara penyumbang utama kepada sakit jantung. Ingat, anak perempuan anda perlukan anda untuk menjadi wali di hari perkahwinannya.

5. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng. Perbanyakkan makanan yang kurang minyak.


Masalahnya :

Saya yakin, kita semua dah pun tahu langkah langkah yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan jantung kita. Tapi..........

1. Kita masih kurang makan makanan bersayur. Sebaliknya kita banyak makan makanan segera. Kita selalu pergi makan di kedai. Peniaga ini (sebahagiannya, bukan semua) memasukkan perasa tambahan untuk menambahkan kesedapan dalam makanan yang kita makan.Ajinamoto ini teramat tidak sihat untuk badan kita. Kita kurang makan makanan berkhasiat.

Percayalah... Kita tersangat kurang prihatin apa yang kita makan.

2. Kita tidak mempunyai rehat yang cukup. Ada di antara kita yang berjaga malam dan tidur tidak mencukupi. Kesannya, jantung tidak mempunyai rehat yang cukup. Kalau berjaga malam untuk tahjud tak pe la. Tapi, kalau berjaga malam buat kerja kerja yang stress, ini turut memberi sedikit kesan kepada jantung kita.

3. Kita TAK CUKUP BERSENAM. Setiap hari, saya menggunakan COUNTER untuk mengira jarak perjalanan saya. Untuk mereka yang mahu sihat, mereka perlu berjalan sejauh 10,000 langkah sehari. TAPI, saya sendiri hanya berjalan sekitar 5000-7000 langkah setiap hari. Masih belum cukup excercise saya ni pun.

4. Ramai di antara kita yang tak mahu berhenti merokok. Setiap hari kita membelanjakan sekitar RM10 untuk beli sekotak rokok. Kita tidak KEDEKUT untuk membeli sesuatu yang akan memberi kita sakit. Tapi, kita tersangat kedekut untuk membeli sesuatu yang akan menyihatkan kita. Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ini. Saya sekeluarga masih belum belajar hisap rokok.

5. Kita suka makan makanan bergoreng. Ayam goreng, pisang goreng, bihun goreng, mee goreng dan seangkatan dengannya. Semuanya bergoreng.

So... Sebenarnya, antara sedar atau tidak. Kita sebenarnya tak ambil langkah-langkah menjaga jantung pun. Sebaliknya, kita lebih membuat sesuatu yang 'menjahanam'kan jantung kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan