PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

28 Disember 2014

KEMPEN VITAMIN - C 9

MASKER MUDAH MURAH ( 3M)

Vitamin Shaklee bukan sahaja boleh membantu menjaga kulit, ia juga boleh dijadikan masker.

Jimat jimat jimat



             Cara-cara membuat masker

                 1.       Patahkan Vitamin – C ( kepada 3 bahagian)
                 2.       Ambil 1 bahagian ( Lagi 2 bahagian simpan untuk hari lain)
                 3.       Hancurkan dalam piring
                 4.       Masukkan satu sudu air
                 5.       Biarkan 3 – 5 minit hingga hancur/kembang 
                 6.       Sapu pada muka yang telah di basuh dan kering
                 7.       Sapu hingga rata 
                 8.       Biarkan kering  (  20 minit )                
           9.       Bilas dengan air yang bersih

           Untuk vitamin c, jika anda sayang untuk menghancurkannya, di beberapa bilangan terakhir vitamin tersebut, akan ada serbuk-serbuk lebihan vitamin tersebut. Jadi ambil serbuk tersebut dan campurkan dengan sedikit air, seterusnya sapu di muka beberapa minit. Selepas itu cuci dan rasakan perbezaannya. 


     Bila dah rasa shaklee effect, mungkin anda tidak lagi sayang untuk menghancurkan sebiji vitamin c untuk dijadikan masker.

Antara kelebihan masker Vitamin c ialah, menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit, mengecutkan jerawat, menegangkan kulit, memudarkan parut dan mencerahkan kulit. Tetapi harus ingat kesannya bukanlah serta merta dapat dilihat, cuba amalkan setiap hari atau beberapa kali seminggu.
            
         JAGA MASA SIHAT MU

         



















13 Disember 2014

KEMPEN VITAMIN - C 8


Kelebihan Vitamin C Shaklee Sebagai Vitamin Harian



Assalamualaikum.
Terdapat banyak lambakan suplemen vitamin C dalam pasaran. Tetapi, jenama vitamin C manakah yang terbaik? Bagi saya, sudah tentulah vitamin C Shaklee yang terbaik. Dan vitamin C ini adalah antara produk Shaklee yang terlaris. Apakah kelebihan yang ada pada vitamin C Shaklee ini? Jom teruskan pembacaan.
Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.
Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah orenbeserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Di bawah ini Mama senaraikan sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin ahrian:
  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.


Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya:
  1. Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  2. Mencerahkan kulit.  
  3. Melambatkan proses penuaan.
  4. Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.  BUKAN SAYA YANG KATA TAU... tu majalah tu dah kompemkan

Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee jgua bagus untuk:
  1. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  2. Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  3. Mengatasi masalah gusi berdarah.

Menarik kan vitamin C Shaklee ini? Hah apalagi, marilah dapatkan sebotol. Sebotol ada 180biji, dan tahan untuk kegunaan enam bulan.

10 Disember 2014

KEMPEN VITAMIN - C 7

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS SHAKLEE


Sustained Release Vita C plus shaklee merupakan satu produk shaklee yang laris macam pisang goreng, kerana vitamin C tersangatlah penting bagi tubuh badan kita.
Disebabkan ia sangat penting kepada tubuh badan, shaklee telah meningkatkan kandungannya dari 500mg kepada 922mg setiap tablet supaya dapat menampung kekurangan vitamin C dalam tubuh kita mengikut peredaran masa. kerana pada masa sekarang perubahan yang berlaku di sekeliling kita makin meningkat seperti pecemaran udara dan perubahan cuaca yang berlaku secara mendadak.

Ini merupakan label baru botol Sustained Release Vita C Plus....



kandungan


Pengambilan Vitamin C boleh
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
  • Pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
Khasiat Utama

Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Siapa yang memerlukan Vitamin C?
  • Perokok - kerana 1 batang rokok boleh melupuskan 50-100mg vitamin C
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

09 Disember 2014

KEMPEN VITAMIN - C 6

25 Kebaikan Vitamin C Untuk RAMBUT

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.



1. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

2. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

3. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

4. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

5. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

6. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.



Vitamin C Shaklee 


Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.

JAGA MASA SIHAT MU

08 Disember 2014

KEMPEN VITAMIN - C 5

25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

1. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

2. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadigebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

3. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

6. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

7. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

JAGA MASA SIHAT MU

06 Disember 2014

KEMPEN VITAMIN - C 3

MAL 07010987XC ialah nombor sijil KKM bagi Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg. Dan pastinya nombor KKM ini unik untuk satu produk sahaja!


Pastikan anda beli dari pengedar Shaklee yang Sah dan bukannya vitamin C yang di repack dan rebrand semula!

1.Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!
Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas! 

2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release'
Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti!

3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!
Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! 

4. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids bersamanya
Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? 
Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


vitamin C shaklee

KEMPEN VITAMIN - C 4

Kebaikan Vitamin C Untuk Badan

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak Vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untukbina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik sepertiatherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggijika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C bolehmengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagaibahan bakar untuk kurangkan berat badan.


8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsiadrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

JAGA MASA SIHAT MU

KEMPEN VITAMIN - C 3

Bagaimana vitamin C membantu kulit yang cantik?


Vitamin C juga dikenali sebagai acid askorbik. Ia adalah kunci penting dalam pembinaan kolagen dalam kulit. Kolagen inilah yang membantu pertumbuhan sel dan salur darah. Lalu, kolagen inilah yang memberi keanjalan dan kekuatan kepada kulit menjadikan kulit cantik dan lembut. Bayi dan kanak- kanak mempunyai banyak kolagen yang aktif, tidak seperti dewasa yang mana bilangan kolagen sudah pun merosot. Vitamin C juga membantu mengurangkan parut- parut jerawat dan masalah kulit.
Bukan vitamin E sahaja merupakan antioksidan. Malah vitamin C juga merupakan antioksidan yang amat penting untuk kulit yang cantik. Malah, derivative kepada vitamin C ( penghasilan sekunder dari vitamin C ) iaitu acid 2- phosphate bukan sahaja boleh meneutralkan radikal bebas, ia juga mampu reversekan kembali kerosakan DNA kulit.
Bagaimana? Rasa-rasa nak hilangkan parut jerawat sedia ada x? Rasa macam nak kulit cantik dan anjal x?
Hanya perlu fokus pada vitamin E dan vitamin C dalam diet anda.!
JAGA MASA SIHAT MU
DapatKan maklumat lanjut dan konsultasi percuma
Like ·  ·  · 1

04 Disember 2014

KEMPEN VITAMIN - C 2

Vitamin C Shaklee ~ Apa Kelebihannya?


Anda biasa dengar tentang Vitamin C bukan? Dan saya pasti ramai juga antara kita yang dah tahu tentang kewujudan Vitamin C Shaklee ni..Yelah, mana tak nya… Vitamin Shaklee ni dah ada di pasaran dah dekat 50 tahun dah..Sebab tu, ramai yang berpuas hati dengan Vitamin Shaklee ni…Tak perlu ragu-ragu lagi..Vitamin yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam…
Terlalu banyak jenama Vitamin C kat luar sana…Dan saya rasa tak perlu lah saya sebut kat sini…Cuma nasihat saya, sebelum anda membeli apa-apa vitamin, pastikan status halal nya…nombor siri dari KKM..dan pastikan anda tahu apa kelebihan vitamin yang anda ambil berbanding daripada vitamin jenama lain…Itulah baru betul anda gunakan hak anda sebagai pembeli.. Bukan setakat bayar dan makan tanpa tahu apa fungsinya untuk badan anda…
Okay…Jom kita tengok, apa yang lebihnya Vitamin C Shaklee ni berbanding Vitamin C jenama-jenama lain yang berlambak di pasaran sekarang??
Perasan tak kat botol Vitamin C 500mg Shaklee ada perkataan Sustained Released(pelepasan masa)…Tengok kat gambar bawah ni yang dalam awan colour pink…Apa maksudnya pelepasan masa tu??

Vitamin C Shaklee ~ 500mg Sustained Release
Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam. Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee..badan kita tidak terus menerima 500mg vitamin C..Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit sedikit iaitu 100mg untuk setiap jam. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Jadi ianya terpelihara dan badan anda menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.
Selain itu juga…Setiap tablet Viatmin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid (lihat gambar) dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai Viatmin C Complex. Apa fungsi vitamin C complex ni? Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.
Inilah dua perbezaan yang paling utama antara Vitamin C Shaklee dengan vitamin-vitamin C yang lain..

01 Disember 2014

KEMPEN VITAMIN - C 1

Vitamin C (asid eskobik) ialah salah satu nutrisi penting dalam harian kita.  namun perlu di ambil dalam kuantiti yang terkawal.
Vitamin C ialah satu vitamin-mudah-larut yang sangat membantu dalam tumbesaran dan perkembangan yang normal.   Vitamin C juga membantu badan kita menyerap zat besi, 
Badan kita tidak boleh menyimpan atau menghasilkan vitamin C.  Oleh itu amat penting untuk kita menambah vitamin C dalam diet harian kita.  
Bagi sesetengah orang, 1 biji buah oren, 1 cawan ( lebih kurang 165 g) hirisan strawberry, cili benggal merah  atau brokoli yang dicincang  sudah mencukupi untuk membekalkan vitamin C untuk hari itu.  
Untuk orang dewasa, cadangan pengambilan Vitamin C harian adalah antara  65 hingga 90 milligrams (mg) sehari, had maksima ialah 2,000 mg sehari.  Lebihan mengambilan vitamin dalam diet harian tidak membahayakan kerana lebihan akan dibuang melalui air kencing. C Namun pada seseorang indivdu, pengambilan Vitamin C secara megados of mungkin boleh menyebabkan:
  • Cirit-birit
  • Loya
  • Muntah
  • Pedih Ulu Hati
  • Sakit kepala
  • Insomnia
  • Batu dalam buah pinggang
Peringatan, untuk kebanyakkan orang, diet yang sihat sepatutnya membekalkanVitamin C dalam kuantiti yang berpatutan