Vitamin C Shaklee ~ Apa Kelebihannya?
Anda biasa dengar tentang Vitamin C bukan? Dan saya pasti ramai juga antara kita yang dah tahu tentang kewujudan Vitamin C Shaklee ni..Yelah, mana tak nya… Vitamin Shaklee ni dah ada di pasaran dah dekat 50 tahun dah..Sebab tu, ramai yang berpuas hati dengan Vitamin Shaklee ni…Tak perlu ragu-ragu lagi..Vitamin yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam…
Terlalu banyak jenama Vitamin C kat luar sana…Dan saya rasa tak perlu lah saya sebut kat sini…Cuma nasihat saya, sebelum anda membeli apa-apa vitamin, pastikan status halal nya…nombor siri dari KKM..dan pastikan anda tahu apa kelebihan vitamin yang anda ambil berbanding daripada vitamin jenama lain…Itulah baru betul anda gunakan hak anda sebagai pembeli.. Bukan setakat bayar dan makan tanpa tahu apa fungsinya untuk badan anda…
Okay…Jom kita tengok, apa yang lebihnya Vitamin C Shaklee ni berbanding Vitamin C jenama-jenama lain yang berlambak di pasaran sekarang??
Perasan tak kat botol Vitamin C 500mg Shaklee ada perkataan Sustained Released(pelepasan masa)…Tengok kat gambar bawah ni yang dalam awan colour pink…Apa maksudnya pelepasan masa tu??
Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam. Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee..badan kita tidak terus menerima 500mg vitamin C..Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit sedikit iaitu 100mg untuk setiap jam. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Jadi ianya terpelihara dan badan anda menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.
Selain itu juga…Setiap tablet Viatmin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid (lihat gambar) dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai Viatmin C Complex. Apa fungsi vitamin C complex ni? Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.
Inilah dua perbezaan yang paling utama antara Vitamin C Shaklee dengan vitamin-vitamin C yang lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan