Vitamin C (asid eskobik) ialah salah satu nutrisi penting dalam harian kita. namun perlu di ambil dalam kuantiti yang terkawal.
Vitamin C ialah satu vitamin-mudah-larut yang sangat membantu dalam tumbesaran dan perkembangan yang normal. Vitamin C juga membantu badan kita menyerap zat besi,
Badan kita tidak boleh menyimpan atau menghasilkan vitamin C. Oleh itu amat penting untuk kita menambah vitamin C dalam diet harian kita.
Bagi sesetengah orang, 1 biji buah oren, 1 cawan ( lebih kurang 165 g) hirisan strawberry, cili benggal merah atau brokoli yang dicincang sudah mencukupi untuk membekalkan vitamin C untuk hari itu.
Untuk orang dewasa, cadangan pengambilan Vitamin C harian adalah antara 65 hingga 90 milligrams (mg) sehari, had maksima ialah 2,000 mg sehari. Lebihan mengambilan vitamin dalam diet harian tidak membahayakan kerana lebihan akan dibuang melalui air kencing. C Namun pada seseorang indivdu, pengambilan Vitamin C secara megados of mungkin boleh menyebabkan:
- Cirit-birit
- Loya
- Muntah
- Pedih Ulu Hati
- Sakit kepala
- Insomnia
- Batu dalam buah pinggang
Peringatan, untuk kebanyakkan orang, diet yang sihat sepatutnya membekalkanVitamin C dalam kuantiti yang berpatutan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan