PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

03 Mac 2015

JAGA BUAH PINGGANG KITA 2


Jom Kenali Buah Pinggang Kita!


Penyakit kronik bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat sekarang.  Disebalik kemajuan teknologi perubatan dalam merawat sesuatu penyakit yang dianggap mustahil untuk sembuh suatu ketika dahulu, kita dikejutkan pula dengan peningkatan mendadak penghidap penyakit kronik.  Makin ramai rupanya ye rakyat Malaysia yang tak sihat.
Kalau dulu sakit selalu dikaitkan dengan usia yang sudah lanjut tapi jika dilihat realiti sekarang mungkin tanggapan tersebut dah tak relevan lagi.  Kanak-kanak dan remaja pun ramai yang ditimpa dengan penyakit-penyakit berat macam ni.  Antara yang mendahului carta penyakit paling popular abad ini adalah sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan lain-lain lagi.
Untuk entri kali ini saya nak highlight kan sikit pasal penyakit buah pinggang.  Dianggarkan seorang daripada sepuluh orang dewasa di dunia menghidapi penyakit ini.  Setiap tahun lebih 2,500 orang berada pada tahap akhir kegagalan buah pinggang (ESRD), iaitu jumlah yang menyaksikan lebih ramai memerlukan rawatan mesin dialisis untuk meneruskan kehidupan mereka.
Sekitar 1980, hanya 43 orang memerlukan bantuan dialisis tetapi pada 2006 jumlah itu meningkat menjadi 3,152 orang.  Nak pergi dialisis pulak bukannya murah dan memakan masa 4 ke 5 jam lamanya untuk setiap sesi.  Pesakit perlu menghadiri 2 hingga 3 sesi setiap minggu.  Jika pesakit merupakan seorang pekerja komfem terganggu rutin kerjanya.  Itu tak termasuk ubat-ubatan pelbagai jenis yang perlu diambil setiap hari untuk mengekalkan keadaan kesihatan pesakit itu sendiri.   Sumber: Berita Harian
Kalau tak nak bersusah-payah dan menyusahkan orang disekeliling kita di kemudian hari, eloklah kita jaga kesihatan ketika muda lagi.  Sebelum nikmat sihat ini ditarik akibat kesalahan diri sendiri eloklah ianya dipelihara bermula hari ini.
JAGA MASA SIHAT MU
Jom jalani kehidupan lebih sihat bermula hari ini dan semestinya bermula dengan diri anda sendiri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan